CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

welkem

create your own banner at mybannermaker.com!

....

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Anda Klik, Gtaw, Saya Klik Balik :D

Wednesday, February 16, 2011

Kisah Dara

KISAH DARA

2007

Pada tahun ini, Dara telah berkenalan dengan seorang jejaka yang bernama Uda. Dia merupakan salah seorang daripada rakan sekelasnya. Uda seorang yang mempunyai rupa paras yang manis. Lawak jenakanya memikat hati Dara. Setiap perlakuan Uda menarik minat Dara. Setelah hampir beberapa bulan mereka berbalas sms, Uda menyunting Dara untuk menjadi kekasihnya. Tetapi Dara ingin menangguhkannya dulu. Maklumlah, peperiksaan STPM makin hampir. Dalam beberapa hari lagi sahaja. Pada mulanya Uda enggan, namun akhirnya Uda mengikut saja. Uda dan Dara terus saling berbalas sms.



Tiba-tiba, Dara mengetahui bahawa Uda juga bersms dengan salah seorang rakan sekelas mereka, Jia. Dara terkejut. Jia pun begitu. Dara meminta penjelasan daripada Uda. Uda menjelaskan bahawa antara dia dan Jia, hanya kawan biasa. Sms antara dia dan Jia hanyalah gurauan antara kawan. Tambah Uda lagi, dengan Jun pun dia sms begitu. Jun juga merupakan salah seorang rakan sekelas mereka. Namun sms antara Uda dan Jun diketahui ramai. Malah mereka semua tahu bahawa sms itu hanyalah gurauan semata-mata.

Uda bersungguh-sungguh mengatakan bahawa cintanya hanyalah terhadap Dara seorang. Dara serba salah. Adakah dia terpaksa memilih antara kawan ataupun kekasih. Lantas satu keputusan muktamad telah diputuskan. Dara nekad. Dia rela kehilangan kekasih daripada kehilangan kawan. Dara terpaksa melepaskan Uda dengan harapan persahabatan antara dia dan Jia kembali pulih. Dara mula mengabaikan setiap sms yang dikirim oleh Uda. Dara mula menyisihkan diri dari Uda. Dara mula menjauhkan diri dari Uda. Semuanya hanyalah untuk kawannya, Jia. 

Pada mulanya Dara mengagak bahawa Jia dan Uda kembali berpacaran. Namun, sebaliknya yang berlaku. Jia dan Uda lansung tidak berhubung. Padanlah di kelas mereka saling tidak menegur. Dara menyedari hal itu. Tapi Dara fikir bahawa mereka tidak mahu mengumumkan lagi hubungan mereka kepada semua. Tetapi yang nyata bukan itu sebabnya. Dara menyelidik perkara itu dari Adi, kawan baik kepada Uda. Dan apa yang diberitahu oleh Adi itu sangat-sangat menggusarkan hati Dara. Jadi benarlah apa yang  dilafazkan oleh Uda. Dara terkedu !

Dara mula merapatkan diri kembali ke pangkuan Uda. Dara meminta maaf kerana tidak mempercayai penjelasan Uda. Dara bernasib baik. Uda sedia menerima Dara lagi. Katanya, hanya Dara yang dapat menjadi kekasih Uda. Jia menginginkan Uda, tapi cinta Uda hanya untuk Dara. Uda yakin yang Dara memang tercipta untuknya. Hati Dara benar-benar tersentuh. Walaupun Dara telah menolak Uda, namun Uda tidak pernah berputus asa untuk bersama dengan Dara. 

Hubungan Dara dan Uda kembali pulih. Selepas habis peperiksaan, Uda menyunting Dara untuk menjadi kekasihnya. Kali ini, Dara tidak akan menolak lagi. Dara juga yakin bahawa Uda juga tercipta untuk dirinya. Walabagaimanapun, hubungan Dara dan Jia terus terputus. Dara terus berdoa agar hubungan persahabatan antara Dara dan Jia dapat terjalin kembali. Jia juga telah mempunyai kekasih yang lain.



2010

Setelah 3 tahun menyulam kasih.Dara terpaksa berjauhan dengan Uda. Kerana Uda telah  melanjutkan pelajaran ke menara gading. Dara di selatan, Uda di Utara. Pada mulanya Dara agak keberatan untuk melepaskan Uda. Sebab utama, dia sudah biasa hidup bersama Uda. Kemana saja Dara pergi mesti bertemankan Uda. Pergi ke kerja juga Uda yang hantarkan. Kini, Dara terpaksa menguruskan setiap urusan dengan sendirinya. Dara juga tidak akan dapat menatap wajah Uda setiap hari. Dara juga gusar jika Uda mencari yang lain di sana. Namun Uda berjanji yang dia tidak akan sesekali melupakan Dara. Dia juga menyakinkan Dara bahawa hatinya hanya untuk Dara seorang. Malah Uda berkata dia yang risaukan pasal Dara. Dia harap Dara dapat hidup tanpa dia. Dia akan pergi sekejap. Dan akan balik setiap cuti semester. Uda harap Dara dapat menunggu Uda sehinggalah Uda menghabiskan pelajarannya.  

Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, hujan pula ditengah hari. Ketika Dara berada di dalam wad kerana ada pembedahan kecil yang perlu dilakukan, Uda bermain sms dengan orang lain. Yakni tak lain dan tak bukan seseorang yang belajar satu kursus dengan Uda, Nia namanya. Dara berkecil hati, apatah lagi dengan teman baru Uda yang seperti tidak mempunyai perasaan. Setiap patah pertanyaan dari Nia membuatkan darah Dara membuak-buak. Soalan yang tidak masuk akal ditanyakan seperti, mengapa harus Uda menunggu disisi Dara ketika berada di dalam wad. Dara metazoan yang Nia ini seperti orang yang bodoh sombong. Bagaimana pula seseorang yang boleh berjaya masuk ke menara gading boleh bertanyakan hal seperti itu? 

Dara perlu kuat. Dara perlu selamatkan hubungan ini. Dara faham dengan perangai Uda yang suka mengusik perempuan. Tapi Nia pula menganggapnya sesuatu yang serius. Nia mulai suka kepada Uda. Dara tidak membuang masa. Dara perlu berdepan dengan Nia. Namun, bagaimana harus berdepan dengan Nia ? Jarak menjadi penghalang. Dara tetap akan bersemuka dengan Nia. Lantas, Dara mengambil nombor telefon Nia, Dara menghubungi Nia. Dara bertanyakan kepada Nia. Mengapa soalan-soalan bodoh yang perlu diutarakan?. Nia meminta maaf. Nia berjanji tidak akan bersms Uda lagi. Dara mula berlembut hati. Dara anggap Nia sebagai adik. Sebabnya Nia muda lagi dari Dara. Dara mula menasihatkan Nia. Dan Dara fikir perkara itu telah selesai. 

Semester baru bermula. Uda pulang ke menara gadingnya. Dan Dara kekal setia menunggu Uda. Dara teruskan juga hubungan dengan Uda. Walau sakit hatinya, hatinya lebih menyayangi Uda. Dara menjadi terlalu rindu pada Uda. Ada orang kata kalau rindukan seseorang, kita boleh jatuh sakit. Tapi lain pula pada Dara. Dara menjadi seseorang yang sangat suka makan. Bagi Dara, untuk melepaskan kerinduan pada Uda, Dara memilih makanan. Apabila makan hingga kenyang, perut akan penuh. Jadi Dara tidak akan jatuh sakit. Dara mesti sentiasa sihat dan menunggu kepulangan Uda. Dara berjanji akan menunggu Uda. Dara mahu hidup bersama Uda. Uda seorang lelaki yang amat Dara cintai.

BERSAMBUNG.......

9 000 sayang Qila !! :D:

QielaLuv said...

Qila harap kamu semua dapat komen ye karangan qila ni..agak2 qila ada bakat tak jadi penulis ? Nak hentam pun hentamlah..asalkan berhemah ye...thx..

Anonymous said...

ske baca entry nih..
klw nk lg menarik qiela bole wat monolog lbh..n banyakkan percakapan antara dara n kesemua watak2 2
lg terperinci..

QielaLuv said...

terima kasih anonymous..qila sedang usahakan..tapi tak berapa nak bagus sangat..itu yang qila buat macam ni je..hihi, terima kasih juga kerana sudi singgah di blog qila ye..

Bellesdame said...

sambung la lagi..kekeke xsabar nak mbacanyaaaaaa

QielaLuv said...

Sabar2 ye cik Mie...idea datang waktu malam je..huhu...siang2 ni kepala dah pusing fikir pasal kerja..haha

Anonymous said...

Bgos skali bha

Bellesdame said...

mane bawahnye...xde pape pon

Anonymous said...

most welcome...
i'm really a big fan of blogs..luv to read people blog..also shopping blog..
^__^

QielaLuv said...

ahaha...shopping blog yee..hehe...arap maaf ye..idea xkua2 ag...stress sgt dh ne...