CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

welkem

create your own banner at mybannermaker.com!

....

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Anda Klik, Gtaw, Saya Klik Balik :D

Sunday, February 13, 2011

Tragedi 29/1/2011

Salam semua.. apa khabar ?Qila nak ceritakan detik-detik tragedi yang telah menimpa qila .. sangat tragis sekali. Sampai sekarang masih kekal dalam ingatan qila. Payah untuk dilupakan saat-saat itu. Hanya masa yang dapat mengubati jari eh silap, hati qila. Ceritanya bermula begini ....

Tanggal 29hb Jan 2011, qila menyahut panggilan untuk menunaikan tugas-tugas di part-time di Kicthen Hotel Crowne Plaza. Awal-awal pagi lagi qila dah bangun dan bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab yang telah di amanahkan. Kasihan kawan saya amira yang terpaksa bangun awal untuk mengambil saya di Cheras. Nak buat macam mana, saya takde transpot. Terpakse menyusahkan orang. Huhu.. Terima kasih kawanku. Hehe ..

Bila dah sampai ke Hotel tu, qila pun berkobar-kobar nak melakukan kerja-kerja yang sangat menarik ! Mula-mula sampai qila kene hiris isi kelapa muda/tua halus-halussss .. Excited punye pasal sampai qila terhiris jari qila ! ouchhhh ! pedih sikit.. huhu .. Abaikan jela, buh je handiplus pastu qila teruskan lagi kerja-kerja qila.. then, siap ! 

Pastu qila kene potong-potong daun bawang, potong halus-halus gak. Masa ini lah ... tragedi itu berlaku, qila pun tak perasan macam mana boleh kena.. Zass .. terhiris jari tengah qila.. Kali ini lagi pedih, darah keluar memancut-mancut.. sakitnya tak terperi. Qila tengok jari qila, mak aiii .. sampai nampak isi , dalam gila.. Qila pegang jari, menahan darah dari keluar terlampau banyak. Suasana dalam kitchen tu dah kecoh. Chef2 pun da mula cuak tengok darah yang banyak. Mira pun dah berkerut dahi dia ! Sakit sangat..pedih..chef suruh mira bersihkan tempat yang darah qila tumpah tadi..minta maaf mira, menyusahkan kamu lagi. Qila basuh jari qila, chef tolong balutkan jari qila.. Tiba-tiba qila rasa pening sangat...qila cuba menahan. Chef nampak, dia tanya qila "pening ke?" qila pun menggangguk. Dia kata susahlah kalau perempuan tak boleh nampak darah.. Qila diam je. Tapi dalam diam tu, qila fikir 'ishh...takkan kot..qila ne bukanla jenis yang tak boleh tengok darah..hurmm...ni mesti kes tak makan pagi ni..

Pastu chef suruh qila berehat kat surau..qila pun ikut jela... Tapi sebelum tu, qila singgah kantin dulu, minum-minum sikit. Pastu beli asam. Untuk menghilangkan pening-pening. Uhuhu .. Patutla malam sebelum tu, qila asyik rasa tak sedap hati je. Rupa-rupanya ada malapetaka yang akan berlaku. Hurm.. Mungkin qila terlampau excited sangat agaknya. Sebab tu la jadi macam tu. Pastu tanpa ucap bismillah, qila terus mulakan kerja.Sebab tu la agaknya qila kena macam tu. Dah nasib...

Selepas setengah jam qila berehat, qila kembali melakukan tugas-tugas qila. Chef kat situ sangat baik hati. Mereka faham dengan kecederaan yang qila alami. Jadi mereka berikan tugas yang senang kat qila. Hehe... pastu kerja-kerja pun berjalan seperti biasa...

Tepat pukul 7pm .. keadaan mula kelam-kabut.. Function dah nak mula ! Aduyaiii... masa ni la mula terasa penat yang amat-amat .. Huhuhu.... Masa ni, tak banyak sangat gambar yang qila ambil. hihi ... tengah sedeyla katekan.. huhuhu.. 

nampak sedap tak ??? sedap sangant weyhhhh

Nampak x jari qila yang dah dibalut tu? huhu .. tak padan dengan jari sakit nak gak bergambar !

Inilah mira ! hehe .. Kat belakang tu salah seorang daripada chef situ...menyelit gak eh !!


Gambar selepas ni agak bahaya sikit untuk ditatap.. Semua ni adalah rahsia, psstt...jangan kecoh2 taw... 





Tadaaaaa ... hahah ! Rahsia taw...kiki

Part ni la yang ditunggu-tunggu...setiap masakan yang telah dimasak, kita pun dapat rasa sekali ! haha ... sedapp woooo .. jangan jelessssssssssss



0 000 sayang Qila !! :D: