CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

welkem

create your own banner at mybannermaker.com!

....

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Anda Klik, Gtaw, Saya Klik Balik :D

Thursday, June 23, 2011

Biar Hati Mencintai

Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah
Selamanya.....

Sejak pertama kali dengar lagu ni..hati mula terasa sayu..bait-bait kata yang dilafazkan seperti sama dengan jalan  penceritaan hidup qila. Qila pun tak pasti. Sampai bilakah qila mampu bertahan dengan perhubungan ni. Tapi yang pasti, qila tak sanggup mengalami perpisahan. Apa yang mampu qila lakukan..redha dan sabar dengan segala yang terjadi. Apa yang dah terjadi, abaikan. Tapi bukan semudah itu untuk qila lupakan. Kan serupa dengan lirik lagu tu..."Biar pedih sakit memilikimu,Namun hati takkan tuk berubah"..

Qila pernah ditanya oleh seorang kawan qila. 
"M = Qila, kenapa kau sayangkan 'dia' ?"
Qila tak tahu nak jawab apa. Qila sendiri tak dapat nak jelaskan kenapa qila sayangkan dia sangat-sangat. Mungkin dia baik dengan qila. Dia pandai pujuk qila. Dan mungkin dia seorang yang kelakar di mata qila. Qila tak dapat nak terangkan lebih jelas kenapa qila sayangkan dia. Nak kata sebab duit ? Mula-mula bercinta, dia hanya ada moto EX5 saja. Moto tu jela yang kami dok kehulu kehilir berdua. Shopping pun kat pasar malam, jalan Masjid India..bukannya shopping kat pavillion. Nak kata disebabkan dia ada rupa ? errr....no komen..hahaha..manis tu ada la kot...kikiki...tapi dia tetap yang paling menawan di mata qila. Sebab apa lagi ya???qila tak tahu...hurm....

Qila memang seorang yang sangat-sangat suka merajuk. Dan bila dia pujuk..alahaiii....bahagianya rasa..Dia tak perlu pujuk dengan emas, dia tak perlu pujuk dengan wang ringgit. Cukuplah sekadar dengan kata-katanya dan perhatian yang diberikan serta dapat luangkan masa dengan qila. Itulah yang qila kagum sangat-sangat. Dia dapat mencairkan hati qila yang keras gila ni dengan caranya tersendiri. Qila akui, kadang-kadang qila terlalu melampaui batas. Tapi dia tetap sentiasa memujuk qila. Qila sangat-sangat terharu. Kalau orang lain, mau kena makan sepak terajang dah. huhuhu....itulah yang qila sayangkan sangat-sangat dengan dia.


Qila sangat suka bermanja dengan dia. Itu memang tak dapat dinafikan. Kadang-kadang qila manja, kadang-kadang turn dia pulak bermanja. Tapi kebanyakkannya qila yang paling banyak dimanjakan. hahaha. Bahagia rasanya. Cuma...selepas kejadian tu, membuatkan qila tersedar, walaupun kita bercinta dengan dia, berapa lama pun kita menjadi kekasih dia, tapi dia belum menjadi hak kita. Sedangkan pasangan yang 10 tahun dah berkahwin pun boleh bercerai, apatah lagi hubungan kami yang baru mencecah 3 tahun. 3 tahun belum cukup untuk mengenali hati seseorang. Manusia biasanya berubah. Sama ada kearah kebaikan atau sebaliknya. 

Apa yang terjadi, qila anggap itu sebagai satu ujian di dalam perhubungan kami. Ya. Mungkin qila berasa sedikit tawar hati. mungkin sebab terlalu trauma dengan kejadian tu. Terlalu pedih untuk di ingatkan kembali. Terlalu sakit untuk di luahkan. Terlalu perit untuk ditelan. Qila juga dah tak macam dulu. Dah tak terlalu yakin bahawa dia adalah untuk qila. Maafkan qila. Qila cuma terlalu trauma dengan peristiwa itu. Bagi qila, kalau ada jodoh, adala..kalau tak..mungkin ada gadis yang lebih baik dari qila untuk dia. Qila tak kata yang qila dah tak ada perasaan dekat dia. Perasaan sayang tu masih ada. Cuma tidak mahu terlalu yakin dan berharap sangat. Apa-apa boleh terjadi. Bagi qila :

Hidup hanya sekali
Mati hanya sekali
Berkahwin hanya sekali
Dan cinta sejati hanya sekali

0 000 sayang Qila !! :D: