CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

welkem

create your own banner at mybannermaker.com!

....

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Anda Klik, Gtaw, Saya Klik Balik :D

Wednesday, November 2, 2011

Barah Payudara (18SX)

Salam semua. Entri kali ini adalah berkaitan dengan penyakit no. 1 yang menyerang semua wanita di seluruh negara. Saya juga tidak terkecuali. Namun begitu, ketumbuhan yang ada pada saya, bukanlah kanser/barah, ianya cuma ketulan kelenjar yang membengkak sahaja. Selepas saya menjalani pembedahan membuang ketumbahan itu, .Saya rasa diri saya sudah terselamat.  Namun, setelah mendapat perkhabaran bahawa, seorang bekas rakan sepejabat saya meninggal dunia kerana barah payudara. Saya mula risau. Kerana, arwah juga seperti saya. Pada awalnya doktor menyatakan bahawa ketulan itu ketumbuhan biasa sahaja. Dan ketumbuhan itu telah pun dibuang. Tapi, dia tetap terkena penyakit Barah Payudara. Saya mula teringatkan kata-kata doktor yang menasihati supaya sentiasa peka terhadap sebarang perubahan yang terjadi. Kerana kadang-kala biarpun dibuang, namun ia boleh menjelma kembali. Dan bertukar menjadi Barah Payudara. Jadi, nasihat untuk diri saya sendiri dan juga teman-teman yang membaca entri ini, lakukanlah pemeriksaan, cegah sebelum parah.  

Mengenali Barah Payudara

Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign (tumor bukan barah) dan malignan (tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.

Faktor-faktor Penyebab Barah Payudara

  • UmurSemakin usia meningkat semakin tinggi risiko. 
  • Perbezaan geografiKawasan kediaman memainkan peranan. Kanser payudara lebih didapati di negeri barat jika dibandingkan dengan negara Asia atau Afrika.
  • Riwayat kanser payudaraSekiranya anda pernah menghidapi kanser payudara, risiko ianya akan berulang meningkat 4 kali ganda .
  • Riwayat keluarga dan faktor genetikSekiranya seorang wanita mempunyai ibu atau adik beradik perempuan (waris perempuan terdekat) yang pernah menghidapi kanser payudara pada usia yang agak muda, risiko ia akan menghidapi kanser payudara akan meningkat 2 kali ganda dan risiko ini akan meningkat 4 kali ganda sekiranya 2 atau lebih waris terdekat menghidapi kanser payudara.
  • Untuk lelaki, risiko meningkat sekiranya, bapa, adik beradik lelaki atau anak lelakinya menghidapi kanser payudara. Saudara mara seorang lelaki yang menghidapi kanser payudara mempunyai risiko tinggi.
  • Riwayat haid. Sekiranya seorang wanita baligh pada usia sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun, risiko ia menghidapi kanser meningkat 2 atau 3 kali ganda. Ini berkaitan dengan fasa kesuburan dan pendedahan terhadap pengaruh hormon oestrogen.
  • Jumlah anak. Seorang wanita yang tidak mempunyai anak atau tidak pernah hamil selepas umurnya 30 tahun mempunyai risiko tinggi menghidapi kanser payudara. Ini mungkin ada kaitan dengan pusingan haid yang tidak terganggu. 
  • Pendedahan radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payudara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku. Pendedahan kepada letupan bom atom boleh meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Risiko radiasi diperolehi daripada data pendedahan tinggi seperti mangsa letupan bom atom, pelombong uranium, mangsa pendedahan gas radon, pesakit tuberculosis yang pernah mengalami floroskopi ulangan (satu cara pemeriksaan yang tidak dilakukan lagi) dan pesakit yand didedahkan radiasi untuk rawatan penyakit mastitis dan penyakit Hodgkins.
  • Pemakanan telah dikatakan mempengaruhi kadar kanser di antara negara-negara. Walaubagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa kaitan antara kadar kanser payu dara dan pemakanan adalah lemah atau tidak secara langsung. Pengambilan minuman beralkohol telah membuktikan peningkatan risiko 1.4 sehingga 2.0 kali ganda. 
  • Saiz tubuh. Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini adalah kerana lemak mengandungi oestrogen dan pada wanita seperti ini paras oestrogen lebih tinggi.
  • Pil perancang dan terapi hormon gantian (THG). Pengambilan pil perancang pada jangka masa yang lama dikaitkan dengan peningkatan risiko dalam lingkungan 1.2 kali. Rawatan hormon gantian (THG) dalam bentuk campuran oestrogen dan progestogen sering diberikan. Dos oestrogen yang diberikan adalah rendah dan risiko kanser akan meningkat 1.8 kali hanya selepas penggunaan selama 5 tahun. Selepas 5 tahun risiko meningkat 2.6 kali. 
Tanda-tanda Kanser Payudara (Bergambar)




Ini menunjukkan payudara kanan (disebelah kiri gambar) lebih besar daripada payudara kiri. Perhatikan bahawa puting tidak sama paras dan yang kanan menghala ke bawah.



(Kiri) Pandangan sudut dari kanan (Kanan) Pandangan dari hadapan. Ketumbuhan boleh dilihat dibahagian atas payu dara .Puting yang menghala ke bawah lebih jelas dari sudut tepi. Terdapat juga pertukaran warna di bahagian atas payudara kanan dan kulit kelihatan nipis dan tegang. Ketumbuhan ini makin membesar dan lama kelamaan tanpa pembedahan, kanser ini akan pecah melalui kulit.



Ini satu lagi ketumbuhan di payudara kanan (disebelah kiri gambar). Disini benjolan disebabkan oleh ketumbuhan itu jelas kelihatan. Ketumbuhan ini tumbuh di lapisan luar di bahagian bawah kulit payudara.



Puting kanan terletak di paras lebih rendah daripada yang kiri, ini boleh dilihat ketika kedua lengan diletak di sisi tubuh. Walaubagaimanapun, ini lebih ketara apabila kedua-dua lengan diangkat ke atas kepala. (seperti yang ditunjukkan disebelah kiri). Kedudukan dan arah puting jelas kelihatan. Pandangan dekat telah jelas menunjukkan apa yang telah diterangkan. Gambaran ini menjelaskan kepentingan melakukan langkah-langkah seperti melihat kedudukan puting semasa melakukan pemeriksaan sendiri payudara.



Terdapat satu lekok atau kawasan yang tenggelam di bahagian atas puting payudara kiri (di sebelah kanan gambar) Ini dinamakan ‘dimpling of the skin’ atau lekukan. Lekukan kulit ini jelas kelihatan walaupun lengan diletak di sisi tubuh.Biasanya lekukan kulit ini hanya kelihatan semasa lengan diangkat ke atas kepala. Gambar di sebelah kanan menunjukkan lekukan kulit daripada sudut tepi.



Lekukan kulit terjadi akibat tarikkan kulit tisu sekitar oleh ketumbuhan di bahagian dalam payudara. Ini merupakan satu ciri kanser payudara. Anda boleh melihat kesan kanser tanpa memegang atau merasai payudara anda. Ini menunjukkan pentingnya aspek ‘melihat ‘ dan ‘merasa’ pemeriksaan sendiri payudara.



Kulit kelihatan kemerah-merahan dan tebal. Ini adalah satu contoh kanser payudara yang kelihatan seperti payudara mengalami jangkitan kuman. Ini merupakan tanda inflammasi pada kanser payudara.



Bandingkan kedua dua puting. Puting disebelah kiri (sebelah kanan gambar) tertarik ke dalam dan ini dinamakan ‘retraction’ atau penarikan. Gambar di sebelah kanan menunjukkan penarikan puting daripada sudut tepi.



Satu lagi contoh yang menunjukkan ‘retraction’ kepada puting, kali ini bersama ketumbuhan kecil di areola (iaitu kulit dikeliling puting) Terdapat juga penebalan dan kemerahan kulit areola.



Dua lagi contoh ditunjukkan di sini. ‘Peau d’orange’ adalah di mana kulit payudara kelihatan seperti kulit limau. Kulit limau Sunkist mempunyai lubang seperti ini, sebab itulah ianya dipanggil ‘peau d’orange’. Ini akibat bengkak di bahagian kulit seperti bendungan air di kulit. Payudara di sebelah kanan berada di peringkat menyerupai kulit limau yang lebih lanjut, dan juga terdapat kesan penarikan kulit dan puting ke dalam.

Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

Lakukan pemeriksaan secara tetap iaitu sekali sebulan. Jika anda masih datang haid, PSP patut dibuat 3 hari selepas haid “berhenti” ataupun 7 hingga 10 hari selepas bermulanya haid anda. Kalau sudah putus haid ataupun telah membuat pembedahan rahim (histerektomi) ataupun untuk kaum lelaki, PSP patut dibuat pada hari (tarikh) yang sama setiap bulan. Hari yang senang diingati adalah hari pertama setiap bulan. Tanda-tanda yang perlu diperhatikan ialah :
  • benjolan di payudara atau ketiak
  • perubahan luarbiasa tekstur, bentuk, saiz payudara
  • kulit payudara berkedut
  • puting payudara tertarik ke dalam
  • pendarahan atau lelehan luarbiasa dari puting payudara
             

Tanggalkan pakaian pada paras pinggang and berdiri di hadapan cermin. Angkat kedua-dua tangan anda ke atas. Memerhati saiz, bentuk, kulit dan keseimbangan payudara anda daripada beberapa sudut. Tangan sekarang diletak di sisi badan anda. Pusing ke kiri dan ke kanan dan memerhati payudara sekali lagi. Selepas ini, memerhatikan payudara anda apabila menegangkan otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah.

      




sumber daripada : Pusat Sumber Kanser Payudara

























0 000 sayang Qila !! :D: