CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

welkem

create your own banner at mybannermaker.com!

....

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Anda Klik, Gtaw, Saya Klik Balik :D

Thursday, December 15, 2011

Caramel Puding


Sorilaa..gambar tak cantik, tapi yang penting, sedap berkrim, disukai ramai, hahaha. Hari Khamis hari tu, qila cuti, boring sangat dok kat rumah, ape lagi....jooommm buat eksperimen. kekeke, korang pun jomla buat sekali, senang je weyh. buat mende ni tak sampai setengah jam, pastu nak tunggu masak tu juz 45min je... sejukkan dalam peti ais selama setengah jam. pastu dah boleh makan. Cepatkan ??
Ok. cara-cara nak buat puding ne mcm ni :

Bahan-Bahan (Puding)

1 tin susu cair (pastikan lemak berkrim ok)
1 senduk gula pasir (ataupun secukup rasa)
5 biji telur (suhu bilik, jangan ambil dari peti ais terus)
1 sudu kecil tepung kastard
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla (penting ni, nak hilangkan bau telur)

Bahan-Bahan (caramel/gula hangus)

5 sudu besar gula pasir
Air 

Okey, dah cukup lengkap semuanya ? Ayuh ! kita laksanakan..hehehe

1st sekali kita sediakan karamel tu dulu, masukkan gula ke dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana. Sentiasa kacau taw, bila dah nampak sedikit perang, masukkan air 1 sudu besar. ikutlah banyak mana korang nak karamel tu. tapi jangan banyak sangat air. takut tawar pulak. Masa bubuh air tu, hati-hati taw, sebab nanti akan meletup2 sikit...sakit wooo...pastu masukkan ke dalam loyang. ketepikan.

2ndly, campurkan kesemua bahan2 untuk buat puding tu dengan menggunakan hand mixer / whisk. Apa ?? korang xde ?? chilll laaa....jangan risau, pasti kat rumah korang ada blender kan ? gunakan sahaja blander tu, tapi sebelum tu, cuci dulu bersih2. karang rasa cili pulak. 

Ok. dah blender semua...dah kembang, dah cantik, korang pun dah rasa manis kan.... masukkan ke dalam loyang yang ada karamel tadi. TAPI ! Pastikan bertapiss...kalau tak..ntahla...tak penah pulak buat tak bertapis...hahaha, then kukus selama 45min atau sehingga puding tu dah masak... Nak taw macam mana dah masak ? cucuk puding tu dengan lidi besi/plastik/garpu(kan senang). cucuk kat tengah2. bila ditarik keluar, takde yang melekat..kira dah masak la tuu...kalau ada...teruskan mengukus...

Bila dah siap, perut pun dah berbunyik...tapiii sabarrr....kena bagi sejuk dulu. Nak cara cepat. masukkan ke dalam peti ais......setengah jam kemudian dah boleh makan....

Selamat Mencuba !!

0 000 sayang Qila !! :D: