CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

welkem

create your own banner at mybannermaker.com!

....

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Anda Klik, Gtaw, Saya Klik Balik :D

Thursday, December 15, 2011

Kek Coklat Kukus


Tadaaaaaa ..... hahaha, ne pulak qila buat pada 9 Dec 2011. sebenarnye malas nak nunjuk2 ne... hahah,poyo pulak...keke, nak ker resepi ? hehehe



Bahan-Bahan Kek

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak 
1 cawan gula
1 cawan air suam 
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
3 biji telur 
beberapa titik esen vanila


Bahan-Bahan Topping


1/2 bar coklat masakan
2 sudu besar buttercup
1/2 sudu besar gula aising
Sedikit esen vanila
Sedikit coklat rice


Cara-caranya

Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Supaya tak de ketul2, nanti kek tu berketul pulak.

Lepas tu guna mixer / blender, pukul telur dan gula hingga kembang dan gula hancur. Pastikan telur betol2 halus taw….

Pastu masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau hingga sebati.

Alaskan acuan dengan baking sheet, dan jangan lupa taw sapukan mentega disekeliling ayuan tu, ini supaya kek tak lekat sangat dengan bekas dan senang nak dikeluarkan nanti. Then curahkan adunan di dalam acuan dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit. Bila dah siap. Keluarkan dari acuan, terbalikkan dan sejukkan dalam peti ais(cepat sikit..hehe).

Lepas tu barulah kita buat topping pulak. Cara nak buat ni kita gunakan kaedah double boiler. Double boiler ni macam kukus jugak, yang lainnye cuma kita tak tutup sahaja. Masakkan coklat tu berserta dengan buttercup, gula aising, dan esen vanila. Sampai dia jadi cairla….bila dah siap, curahkan ke atas kek yang dah sejuk. Jangan curah kat atas kek yang masih panas lagi. Nanti tak jadi pulak. Dah curah, ratakanla bagi nampak cantik. Pastu taburkanla coklat rice ke, atau nak guna macam qila buat tu pun boleh, hehe….Bila dah buat, post kat qila sama taw, nak makan jugak…

3 000 sayang Qila !! :D:

Cik mama said...

uitt sedap-sedap, nanti nak trylaaa.. thx yerr for share.. cik mama follow kamu.. (^_~)

QielaLuv said...

tengss cik mama ~~

Leeza said...

nampak cam sedap..mana resepinya =p