CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

welkem

create your own banner at mybannermaker.com!

....

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Anda Klik, Gtaw, Saya Klik Balik :D

Thursday, November 3, 2011

Nasihat Ibu VS Nasihat Boyfriend

Salam semua...qila terbaca dekat FB satu note. Dan qila rasa tersentak. Sebab, kadang-kadang qila sendiri tergolong dalam golongan itu. Yang mana membelakangkan ibu, mengutamakan kekasih. Sesungguhnya...ada banyak perkara yang kita buat dan tanpa kita sedar. Kita telah melukakan hati dan perasaan orang yang telah melahirkan kita. Maafkan qila mama. Mari kita sama-sama menghayati adakah kita tergolong dalam golongan ini. Dan berubahlah......


Situasi 1:

Mak   : Minah, masakkan nasi goreng untuk mak. Mak lapar nak. Teringin benar makan masakan kamu.

Minah : Laa, Minah penat ni.

Mak   : Hmm..Alahai anak aku.

****

Mamat: Sayang, abang laparlah. Tiba-tiba terasa nak rasa masakan sayang. Harini masaklah untuk abang, boleh?

Minah: Boleh B. Sekarang jugak ayang masak (dengan tersenyum).

Mamat: Sayang awak lebih (gaya miang).


Aku Maafkan Kamu


Salam semua...pernah dengar lagu "Aku Maafkan Kamu - Malique & Jamal Abdillah" ?
Bagi saya. Lirik ni mempunyai makna yang sangat-sangat mendalam. Hanya orang yang pandai menilai sahaja boleh mentafsirkan setiap bait-bait lirik ini. Saya bukanlah seorang yang bijak pandai. Apa yang saya faham dengan lirik ini, penuh dengan kata-kata sindiran buat seseorang yang kononnya, berlagak pandai, tahu apa setiap yang dia lakukan, sering menasihati orang lain, dan sukar menerima pendapat orang lain. Namun, yang sebenarnya..dia bukanlah seperti yang dia pamerkan kepada orang lain. Tiada apa yang hebat pada dirinya. Haisshh...kalau salah maafkan qila ye Malique. hehe...apa2 pun...lirik ni memang sesuai dengan zaman sekarang. Kononnya 1 bangsa.. tapi tidak 1 hati. 

Wednesday, November 2, 2011

Barah Payudara (18SX)

Salam semua. Entri kali ini adalah berkaitan dengan penyakit no. 1 yang menyerang semua wanita di seluruh negara. Saya juga tidak terkecuali. Namun begitu, ketumbuhan yang ada pada saya, bukanlah kanser/barah, ianya cuma ketulan kelenjar yang membengkak sahaja. Selepas saya menjalani pembedahan membuang ketumbahan itu, .Saya rasa diri saya sudah terselamat.  Namun, setelah mendapat perkhabaran bahawa, seorang bekas rakan sepejabat saya meninggal dunia kerana barah payudara. Saya mula risau. Kerana, arwah juga seperti saya. Pada awalnya doktor menyatakan bahawa ketulan itu ketumbuhan biasa sahaja. Dan ketumbuhan itu telah pun dibuang. Tapi, dia tetap terkena penyakit Barah Payudara. Saya mula teringatkan kata-kata doktor yang menasihati supaya sentiasa peka terhadap sebarang perubahan yang terjadi. Kerana kadang-kala biarpun dibuang, namun ia boleh menjelma kembali. Dan bertukar menjadi Barah Payudara. Jadi, nasihat untuk diri saya sendiri dan juga teman-teman yang membaca entri ini, lakukanlah pemeriksaan, cegah sebelum parah.  

Mengenali Barah Payudara

Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign (tumor bukan barah) dan malignan (tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.