CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

welkem

create your own banner at mybannermaker.com!

....

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Anda Klik, Gtaw, Saya Klik Balik :D

Thursday, December 15, 2011

Kek Coklat Kukus


Tadaaaaaa ..... hahaha, ne pulak qila buat pada 9 Dec 2011. sebenarnye malas nak nunjuk2 ne... hahah,poyo pulak...keke, nak ker resepi ? hehehe

Caramel Puding


Sorilaa..gambar tak cantik, tapi yang penting, sedap berkrim, disukai ramai, hahaha. Hari Khamis hari tu, qila cuti, boring sangat dok kat rumah, ape lagi....jooommm buat eksperimen. kekeke, korang pun jomla buat sekali, senang je weyh. buat mende ni tak sampai setengah jam, pastu nak tunggu masak tu juz 45min je... sejukkan dalam peti ais selama setengah jam. pastu dah boleh makan. Cepatkan ??

Ulangtahun Kelahiran yang ke 18.

ok. qila tipu. haha, biarlah...ada apa dengan umur, janji hidup mau hepiiiii, hehe. tanggal 4 Dec 2011 yang lalu, qila bersama kawan-kawan qila (Epa & Mira) telah melakukan satu eksperimen iaitu kami telah mencuba mengkaji cara-cara pembentukan RED VELVET CAKE / KEK MERAH VELVET. hahaha. ok. stop mengarut. 

My BFF Wedding



Firstly, nak ucapkan tahniah kat SHARIFAH NUR HIKMAH kerana berjaya menjadi isteri kepada PAK YA (sori nama sebenar dh lupaa..haha). Actually, masa Epa ni bertunang, takde rase pape pun. Tapi bila budak kecik ni dah kahwin, tibe2 tengok dia, terasa sumthing kat hati ni. Erm...sayu rasanya tengok membe seusia dah kahwin. Bila dia dah kahwin ne, mesti dah tak boleh buat bende gile2 lagi dah (aikk...kesitu pulak ?? haha).

Wednesday, December 14, 2011

Model Kecil Molek


Hepi Wednesday Guys ! hehe.. tadi masa qila mengisi masa lapang qila dengan melayari laman web yang kool..qila terjumpa 1 entri, baca tajuk dia...woooaaaa, ternganga qila tengok. Ce tengok pic budak kat atas ne, comel kan. Dalam entri tersebut, tiada info-info yang lebih mendalam, hanya diberitahu nama dan gambar-gambar sahaja. Disebabkan mulut qila yang ternganga terlebih luas, sampai tak boleh nak tutup, dan hati yang membuak-buak nak tahu info-info selanjutnya mengenai budak kecik comel-lote ni, qila tanya pak cik google, dan hasilnya...lagi wooooaaaaaa :O. Nak tau apa yang woooaaaaanye ?? 

Thursday, November 3, 2011

Nasihat Ibu VS Nasihat Boyfriend

Salam semua...qila terbaca dekat FB satu note. Dan qila rasa tersentak. Sebab, kadang-kadang qila sendiri tergolong dalam golongan itu. Yang mana membelakangkan ibu, mengutamakan kekasih. Sesungguhnya...ada banyak perkara yang kita buat dan tanpa kita sedar. Kita telah melukakan hati dan perasaan orang yang telah melahirkan kita. Maafkan qila mama. Mari kita sama-sama menghayati adakah kita tergolong dalam golongan ini. Dan berubahlah......


Situasi 1:

Mak   : Minah, masakkan nasi goreng untuk mak. Mak lapar nak. Teringin benar makan masakan kamu.

Minah : Laa, Minah penat ni.

Mak   : Hmm..Alahai anak aku.

****

Mamat: Sayang, abang laparlah. Tiba-tiba terasa nak rasa masakan sayang. Harini masaklah untuk abang, boleh?

Minah: Boleh B. Sekarang jugak ayang masak (dengan tersenyum).

Mamat: Sayang awak lebih (gaya miang).


Aku Maafkan Kamu


Salam semua...pernah dengar lagu "Aku Maafkan Kamu - Malique & Jamal Abdillah" ?
Bagi saya. Lirik ni mempunyai makna yang sangat-sangat mendalam. Hanya orang yang pandai menilai sahaja boleh mentafsirkan setiap bait-bait lirik ini. Saya bukanlah seorang yang bijak pandai. Apa yang saya faham dengan lirik ini, penuh dengan kata-kata sindiran buat seseorang yang kononnya, berlagak pandai, tahu apa setiap yang dia lakukan, sering menasihati orang lain, dan sukar menerima pendapat orang lain. Namun, yang sebenarnya..dia bukanlah seperti yang dia pamerkan kepada orang lain. Tiada apa yang hebat pada dirinya. Haisshh...kalau salah maafkan qila ye Malique. hehe...apa2 pun...lirik ni memang sesuai dengan zaman sekarang. Kononnya 1 bangsa.. tapi tidak 1 hati. 

Wednesday, November 2, 2011

Barah Payudara (18SX)

Salam semua. Entri kali ini adalah berkaitan dengan penyakit no. 1 yang menyerang semua wanita di seluruh negara. Saya juga tidak terkecuali. Namun begitu, ketumbuhan yang ada pada saya, bukanlah kanser/barah, ianya cuma ketulan kelenjar yang membengkak sahaja. Selepas saya menjalani pembedahan membuang ketumbahan itu, .Saya rasa diri saya sudah terselamat.  Namun, setelah mendapat perkhabaran bahawa, seorang bekas rakan sepejabat saya meninggal dunia kerana barah payudara. Saya mula risau. Kerana, arwah juga seperti saya. Pada awalnya doktor menyatakan bahawa ketulan itu ketumbuhan biasa sahaja. Dan ketumbuhan itu telah pun dibuang. Tapi, dia tetap terkena penyakit Barah Payudara. Saya mula teringatkan kata-kata doktor yang menasihati supaya sentiasa peka terhadap sebarang perubahan yang terjadi. Kerana kadang-kala biarpun dibuang, namun ia boleh menjelma kembali. Dan bertukar menjadi Barah Payudara. Jadi, nasihat untuk diri saya sendiri dan juga teman-teman yang membaca entri ini, lakukanlah pemeriksaan, cegah sebelum parah.  

Mengenali Barah Payudara

Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign (tumor bukan barah) dan malignan (tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.

Wednesday, July 27, 2011

Doaku buat kekasih



Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi


Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin.

Thursday, July 7, 2011

♥♥♥♥♥♥Dina Sayang♥♥♥♥♥♥

TADAAA !!!!!

Nak kenal tak budak kecik ni ?? comel macam saya kan ? kan ? kan ? hahaha ..... mengaku sajalah ~~ kikiki... okeh2...jum2 kita tengok biodatanya....peeeewwwiiiitttttt...

Thursday, June 23, 2011

Biar Hati Mencintai

Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah
Selamanya.....

Wednesday, June 22, 2011

KERANAMU KLINIK

~~Coretan Ikhlas Dari Hati~~


Sunday, June 19, 2011

PERANGAI PEREMPUAN YANG BUAT LELAKI GILA BAYANG

PANDAI JAGA PENAMPILAN
Pandai jaga penampilan ni termasuklah jugak dalam kategori pandai jaga diri dan macam mana korang menunjukkan kepada orang ramai perangai korang ye. Pastikan yang penampilan korang tu ada ciri-ciri perempuan dan bukannya ciri-ciri kaum bertelur. Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas, mekap dan pakai cantik-cantik dan lepas tu jaga adap tu. Tak cantiklah kalau muka dah lawa, pakai baju lawa-lawa, sekali terpekik terlolong. Nak nampak gojes kena nampak cool.


Andai si Dia Tahu...


Andai Si Dia tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.




Ketahui Jantina Komputer Anda

Wednesday, February 16, 2011

Kisah Dara

KISAH DARA

2007

Pada tahun ini, Dara telah berkenalan dengan seorang jejaka yang bernama Uda. Dia merupakan salah seorang daripada rakan sekelasnya. Uda seorang yang mempunyai rupa paras yang manis. Lawak jenakanya memikat hati Dara. Setiap perlakuan Uda menarik minat Dara. Setelah hampir beberapa bulan mereka berbalas sms, Uda menyunting Dara untuk menjadi kekasihnya. Tetapi Dara ingin menangguhkannya dulu. Maklumlah, peperiksaan STPM makin hampir. Dalam beberapa hari lagi sahaja. Pada mulanya Uda enggan, namun akhirnya Uda mengikut saja. Uda dan Dara terus saling berbalas sms.

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul

Sunday, February 13, 2011

Pulang Ke Kampung di Kedah....

Detik-detik perjalanan pulang ke kampung halaman... yeeehaaaa....


Tangan sapela yg menyemak neee...ishh3

Tragedi 29/1/2011

Salam semua.. apa khabar ?Qila nak ceritakan detik-detik tragedi yang telah menimpa qila .. sangat tragis sekali. Sampai sekarang masih kekal dalam ingatan qila. Payah untuk dilupakan saat-saat itu. Hanya masa yang dapat mengubati jari eh silap, hati qila. Ceritanya bermula begini ....

Tuesday, January 25, 2011

Penipuan Yang Masih Berleluasa !!!!

Salam korang semua !! Selamat pagi ... sihat ?? dah makan ?? hahaha .. tadi kan masa qila pergi pejabat pos di jusco cheras selatan .. qila sempat membeli SUSHI ... ahahha .. lame gile tak makan sushi ... beli sikit je, sebab duit pun tak bepa nak ado ! tinggal 10 heng je dalam purse ne ha .. itupun .. singgit2.. hahaha sekadar nak memenuhi kehendak perut je .. al-maklumlah..qila dah jatuh miskin sekarang ne...uhuhuhu .. 

Sunday, January 23, 2011

Download video Youtube


Salam semua !! Macam mana ye nak download video dalam youtube ke pc ekk ?? haaa .. selain daripada nak kena install software youtube downloader, masih ada lagi cara yang boleh diguna-pakai dan tak payah nak install software ntah pape.. Hanya perlu bookmark kan aje laman web tu untuk kesenangan membukanya pada masa akan datang..

Tuesday, January 18, 2011

♥♥♥♥♥♥MADAH BERCILI♥♥♥♥♥♥

Antara kata2 yg qilah suke dgr ialah :...

Tuesday, January 11, 2011

♥♥♥♥♥♥ERTI SAHABAT♥♥♥♥♥♥




Friends 

r like fishes.

U have to sit patiently for a long time
to catch a good one.
Just like I caught u.
so better stay nice otherwise
I will FRY YOU..;) hahahahaha

Sunday, January 9, 2011

H.O.L.I.D.A.Y di L.A.N.G.K.A.W.I

CUTI-CUTI DI LANGKAWI, MALAYSIA..........

Salam sayang semua...........hehehe...dh lame qila xupdate blog kan..maapla yer..qila g jln2 kat langkawi jap...pegi ari rabu mlm blk sni ari jumaat mlm...sekejap je ! uhuh..pitih xdop ! nk jln2 pun xberapa nak sempat...nk tgk mne yg sempat qila terjah???jom layannnnnnn..

Cupcupcup..sblm kite g beremba sakan...ape kate kite snap 1 pic yg agak2 gediks2 sket..kekeke..inilah sya !

hehe...warmup sblm ambil gmba byk2 !!