CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

welkem

create your own banner at mybannermaker.com!

....

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Anda Klik, Gtaw, Saya Klik Balik :D

Monday, May 14, 2012

Selamat Hari Ibu


Belum terlambat lagi rasanya untuk mengungkap ucapan "Selamat Hari Ibu" khas kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia. Tahukah anda, bukan semua negara menyambut Hari Ibu pada 13 Mei seperti di Malaysia ? Ya, ini adalah fakta*

Friday, February 17, 2012

Selamat Hari Lahir Nur Irdina Maisarah


Tanggal 17 Feb 2012, satu-satunya anak buahku ini telah meningkat umurnya menjadi....jeng jeng jeng........ 

1 tahun !!

hooyeaaahhh... alhamdullillah...masih sihat, walaupun tubuhnya erm....xpelaaa, nanti kite makan banyak2 ye..

Antara gambar-gambar yang sempat dirakam sekitar majlis kecil-kecilan sempena ulang tahun kelahiran Nur Irdina Maisarah binti Mohd Ridzwan.

Sunday, January 29, 2012

YNWA : Liverpool 2 - 1 MU


Oppsss...agak keterlaluan gambar di atas. Gambar tgh2 MU terpakse dikaburkan, sebab qila tak suka. Tak pasal blog ne nak kena samak pulak. 

LAGU BARU : Jiwa Lara - Mawi & Dot Dot Dot


Hye2 !! Sori guys, ada hal penting hari ni,  baru nak on9. Dah baca komen2 kamu semua kat chatbox. Yang baru dtg sggh tengkiu2..sbb sudi singgah blog yg tak seberapa ni, hehe.. singgah2 la lagi ye, wat2 apa yg patut. Insyallah, setiap kali saya on9, saya akan pergi ke Blog anda and buat apa yg patut..  

To Yun, oit cayunk. I bgn pagi2 oke..subuh2..huhu, jadi ke joggingnye ?? 

Btw, tadi tengah dok semak2 komen kat Fb, tibe2 terjumpa 1 video ne. Video kat atas ni laa.. Agak pelik sikit disitu. Tapi malas nak cakap. Tak pasal2 je kena KEBABOOOMM. Opppss..sory2.. 

Bukak kat youtube, sebab nak tengok apa reaksi org lain. Top comment dia..perghhh terbaik. Tersengih sambil guling-guling. Hhaha  

Lagu ini sangat sedap dan bagus kedengarannya....suara penyanyi wanita itu sangat merdu... alunan teknikal vokal nya sangat perfect... siapakah beliau? Mengapa lagu ini tidak dicalonkan Juara lagu Muzik2...

bukan i yang kata oke.... lalala

Saturday, January 28, 2012

Nelly The Strange Buka Bloglist Baru ???



What Was That ???? 
Nak taw lebih lanjut ??



Guys... Join Jom !


Contest Warna Hidupku


Wat ???? Another contest ?? Haha.. xberasapla dapur qila kalau mcm ni...kekeke..ok2..ni last, japg kne g masak2 pulak..hehehe



syarat :
1)follow + like fanpage NIERA 
2)ambil banner dan linkkan ke entry NIERA ni.
3)letak dalam entry gambar korang dengan warna pilihan
4)tagkan kepada 3 kawan 
5)dah siap?letak link korang berkaitan contest ni dalam kotak komen  NIERA :D
hadiah :
----> topup (simple but nice)
pemenang pertama ~ RM 50
pemenang kedua ~ RM 30
pemenang ketiga ~ RM 10
pemenang keempat & kelima ~ RM5 setiap seorang

syarat gambar :
*tutup aurat bagi yang islam
kalau anda terpilih,akan muncul komen dari niera
pemenang akan dipilih melalui pilihan juri.
juri akan memilih gambar yang menarik + kreatif + unik +luarbiasa..


tarikh tutup : 29 FEBRUARI 2012 
tertakhluk kepada mood admin :)

Whatever The Colour of Shirt You Wear, Make Sure Your Heart is Not Shipped With The Colour, Keep It White, Pure, And More Radiant.

Juz A Simple Photo Taken by Miera


My New Friends !!
 = http://fiqras.blogspot.com
 = http://ulardaun.blogspot.com/
 = http://www.farahmusa.com/

Candid Photo Giveaway

Kenapa semua contest yg taw semuanya dah nak expired date ??? huhu.. wateva laa.. Janji hepi gile nak masuk contest2 ne...le dpt ramai kawan ! Yeayyyyy !! 




SYARAT - SYARAT JOIN GIVEAWAY
1. Sila FOLLOW blog  FITRYNA  dan LIKE fan page BELIAU.
2. Letakkan banner yang kat atas ni dan link kan banner tu ke blog BELIAU 
(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi46ER6BLdNeU-JlMNE8XcRfu4x9MnGKu4jv2qRGyc9PQ3bsmZTtLHTzL7NJYt09FekhRA15qobeOlmcHz0CAVQ-JPaYLs9Yf84HsFBSgkU1wTFRC2A1VqrwvBLFuZMMGtLoB4jktk5dSqd/s1600/cloud9-giveaway.png)

3. Buat satu entry mengenai Giveaway yang BELIAU sedang buat ni. Sila tulis CANDID PHOTO GIVEAWAY sebagai title. Sila sertakan sekali gambar candid korang yang paling sweet dan menarik di dalam entry tersebut.
3. Sila tag 5 orang kawan korang dan make sure mereka tau pasal contest yang BELIAU tengah buat ni.
6. Sila tinggalkan linked blog korang dekat komen entry GIVEAWAY BELIAU okeyhhhhh.
7. Tarikh tutup Giveaway ini adalah 30hb Januari 2012. Pemenang akan diumumkan pulak pada 31hb January 2012.
8. Keputusan pengadil adalah muktamad. If korang tak menepati syarat yang BELIAU tulis kat atas tuh, sorry yea, penyertaan korang akan BELIAU batalkan.

Haaaa...amacam ??? best tak contest ne ?? hehe..jom2 sama memeriahkan contest neyh...

Gambar ini dipilih sebab ini adalah satu-satunya anak buah saya buat masa ini. Namanya Nur Irdina Maisarah. Perangai dia yang gila-gila membuatkan kami sekeluarga sangat terhibur dengan keletahnya. Kalau menang, boleh dijadikan hiasan di rumah kami, bila maknya akan berpindah ke Perak nanti... hurm..sedih la pulak........

Guys.. i hope u all tak marah i tag nama2 u all okeh...
ok. Done. Hehehe
Dina Syg....Mak Jang syg Dina Ketat-ketat taw

Friday, January 27, 2012

SEGMEN BLOGWALKING & CLICKING BY FARAH

Erm....ape bende ne ekk ?? Haha. ntahla...mcm best je ase, tu yg join tu...kehkehkeh... tp rasanya dh terlambat kot. Sbb tamat pada 28 Jan. Hari ni dah 27 Jan. Wuaaa !! 



Erm...syarat2 nak sertai adalah, suh bagi 
Nama : Qila 
Umur : Masih muda lagi..hehe 
Tarikh Lahir : Dah tnye kne la bg adiah en ! 4 Dis 1988. (yeahh..adiah2 )
Brapa la korang berblog : Apekah ini ?? 

Harapan Korang : Errrr...harapan saya...saya.....saya harap saya dapat buat sesuatu yg istimewa untuk diri saya, orang yang saya sayang, dan juga untuk negara saya yang tercinta. 
(mcm poyo je kan...)

Ok. Done ! hahaha. Nak join sekaki ?? Datangla kat Blog Farah Ni !




Monday, January 23, 2012

Apa Maksud "Flashmob"

A group of people who assemble suddenly in a public place, perform an unusual and sometimes seemingly pointless act for a brief time, then disperse, often for the purposes of entertainment and/or satire.

OR / ATAU

Sekumpulan orang yang berhimpun secara tiba-tiba di tempat awam, melakukan perbuatan yang luar biasa dan kadang-kadang seolah-olah tiada gunanya untuk masa yang singkat, kemudian bersurai, selalunya untuk tujuan hiburan dan / atau satira
== satira adalah sebuah karya, baik prosa atau puisi, yang dibuat untuk tujuan menyindir ==

Aquaria KLCC


  Sape pernah pergi ???? Qila penah...but a looooongg time agooo. huhu. Tempat tu, kecil je..tapi sangat-sangat A.W.E.S.O.M.E. kikiki...masuk kat situ, memang terserlah kebudak-budakan qila. Best gila kot. Tapi yang tak bestnya...waktu mula-mula nak masuk tu. nak bayar harga tiket. mahal woo. Bagi qila la...tak tau la bagi korang kan.. ok. harga tiket masuk Aquaria KLCC adalah seperti berikut : 

Yang Ada Mykad
Dewasa = RM 35.00
Kanak-kanak = RM 25.00
Warga Emas = RM 25.00

Yang Tiada Mykad
Dewasa = RM 45.00
Kanak-kanak = RM 35.00
Warga Emas = RM 25.00


Bagi bayi yang berumur 2 tahun ke bawah, percuma rasanya...
(Harga ni masa qila pergi la ye..klu dah naik, sila inform ok)

Thursday, December 15, 2011

Kek Coklat Kukus


Tadaaaaaa ..... hahaha, ne pulak qila buat pada 9 Dec 2011. sebenarnye malas nak nunjuk2 ne... hahah,poyo pulak...keke, nak ker resepi ? hehehe

Caramel Puding


Sorilaa..gambar tak cantik, tapi yang penting, sedap berkrim, disukai ramai, hahaha. Hari Khamis hari tu, qila cuti, boring sangat dok kat rumah, ape lagi....jooommm buat eksperimen. kekeke, korang pun jomla buat sekali, senang je weyh. buat mende ni tak sampai setengah jam, pastu nak tunggu masak tu juz 45min je... sejukkan dalam peti ais selama setengah jam. pastu dah boleh makan. Cepatkan ??

Ulangtahun Kelahiran yang ke 18.

ok. qila tipu. haha, biarlah...ada apa dengan umur, janji hidup mau hepiiiii, hehe. tanggal 4 Dec 2011 yang lalu, qila bersama kawan-kawan qila (Epa & Mira) telah melakukan satu eksperimen iaitu kami telah mencuba mengkaji cara-cara pembentukan RED VELVET CAKE / KEK MERAH VELVET. hahaha. ok. stop mengarut. 

My BFF Wedding



Firstly, nak ucapkan tahniah kat SHARIFAH NUR HIKMAH kerana berjaya menjadi isteri kepada PAK YA (sori nama sebenar dh lupaa..haha). Actually, masa Epa ni bertunang, takde rase pape pun. Tapi bila budak kecik ni dah kahwin, tibe2 tengok dia, terasa sumthing kat hati ni. Erm...sayu rasanya tengok membe seusia dah kahwin. Bila dia dah kahwin ne, mesti dah tak boleh buat bende gile2 lagi dah (aikk...kesitu pulak ?? haha).

Wednesday, December 14, 2011

Model Kecil Molek


Hepi Wednesday Guys ! hehe.. tadi masa qila mengisi masa lapang qila dengan melayari laman web yang kool..qila terjumpa 1 entri, baca tajuk dia...woooaaaa, ternganga qila tengok. Ce tengok pic budak kat atas ne, comel kan. Dalam entri tersebut, tiada info-info yang lebih mendalam, hanya diberitahu nama dan gambar-gambar sahaja. Disebabkan mulut qila yang ternganga terlebih luas, sampai tak boleh nak tutup, dan hati yang membuak-buak nak tahu info-info selanjutnya mengenai budak kecik comel-lote ni, qila tanya pak cik google, dan hasilnya...lagi wooooaaaaaa :O. Nak tau apa yang woooaaaaanye ?? 

Thursday, November 3, 2011

Nasihat Ibu VS Nasihat Boyfriend

Salam semua...qila terbaca dekat FB satu note. Dan qila rasa tersentak. Sebab, kadang-kadang qila sendiri tergolong dalam golongan itu. Yang mana membelakangkan ibu, mengutamakan kekasih. Sesungguhnya...ada banyak perkara yang kita buat dan tanpa kita sedar. Kita telah melukakan hati dan perasaan orang yang telah melahirkan kita. Maafkan qila mama. Mari kita sama-sama menghayati adakah kita tergolong dalam golongan ini. Dan berubahlah......


Situasi 1:

Mak   : Minah, masakkan nasi goreng untuk mak. Mak lapar nak. Teringin benar makan masakan kamu.

Minah : Laa, Minah penat ni.

Mak   : Hmm..Alahai anak aku.

****

Mamat: Sayang, abang laparlah. Tiba-tiba terasa nak rasa masakan sayang. Harini masaklah untuk abang, boleh?

Minah: Boleh B. Sekarang jugak ayang masak (dengan tersenyum).

Mamat: Sayang awak lebih (gaya miang).


Aku Maafkan Kamu


Salam semua...pernah dengar lagu "Aku Maafkan Kamu - Malique & Jamal Abdillah" ?
Bagi saya. Lirik ni mempunyai makna yang sangat-sangat mendalam. Hanya orang yang pandai menilai sahaja boleh mentafsirkan setiap bait-bait lirik ini. Saya bukanlah seorang yang bijak pandai. Apa yang saya faham dengan lirik ini, penuh dengan kata-kata sindiran buat seseorang yang kononnya, berlagak pandai, tahu apa setiap yang dia lakukan, sering menasihati orang lain, dan sukar menerima pendapat orang lain. Namun, yang sebenarnya..dia bukanlah seperti yang dia pamerkan kepada orang lain. Tiada apa yang hebat pada dirinya. Haisshh...kalau salah maafkan qila ye Malique. hehe...apa2 pun...lirik ni memang sesuai dengan zaman sekarang. Kononnya 1 bangsa.. tapi tidak 1 hati. 

Wednesday, November 2, 2011

Barah Payudara (18SX)

Salam semua. Entri kali ini adalah berkaitan dengan penyakit no. 1 yang menyerang semua wanita di seluruh negara. Saya juga tidak terkecuali. Namun begitu, ketumbuhan yang ada pada saya, bukanlah kanser/barah, ianya cuma ketulan kelenjar yang membengkak sahaja. Selepas saya menjalani pembedahan membuang ketumbahan itu, .Saya rasa diri saya sudah terselamat.  Namun, setelah mendapat perkhabaran bahawa, seorang bekas rakan sepejabat saya meninggal dunia kerana barah payudara. Saya mula risau. Kerana, arwah juga seperti saya. Pada awalnya doktor menyatakan bahawa ketulan itu ketumbuhan biasa sahaja. Dan ketumbuhan itu telah pun dibuang. Tapi, dia tetap terkena penyakit Barah Payudara. Saya mula teringatkan kata-kata doktor yang menasihati supaya sentiasa peka terhadap sebarang perubahan yang terjadi. Kerana kadang-kala biarpun dibuang, namun ia boleh menjelma kembali. Dan bertukar menjadi Barah Payudara. Jadi, nasihat untuk diri saya sendiri dan juga teman-teman yang membaca entri ini, lakukanlah pemeriksaan, cegah sebelum parah.  

Mengenali Barah Payudara

Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign (tumor bukan barah) dan malignan (tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.

Wednesday, July 27, 2011

Doaku buat kekasih



Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi


Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin.

Thursday, July 7, 2011

♥♥♥♥♥♥Dina Sayang♥♥♥♥♥♥

TADAAA !!!!!

Nak kenal tak budak kecik ni ?? comel macam saya kan ? kan ? kan ? hahaha ..... mengaku sajalah ~~ kikiki... okeh2...jum2 kita tengok biodatanya....peeeewwwiiiitttttt...